By Fetya

SIFAT-SIFAT MUSLIM MUKMIN KE JALAN ALLAH

 

Sifat-sifat yang perlu ada pada diri muslim mukmin ialah:

 

1. Kuat tubuh badan

- Dakwah – amanah dan tanggungjawab besar – perlukan badan yang sihat dan kuat

- Rasulullah s.a.w menitikberatkan soal ini. Maksud hadis: Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.

- Pesanan ustaz Hasan: Memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak makan dan minum sesuatu yang memberi mudharat pada tubuh badan.

 

2. Akhlak yang mantap

            - Akhlak kita ialah al-Quran dan apa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.

- Dijelaskan beberapa unsur oleh ustaz Hassan dalam kewajipan muslim mukmin iaitu sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

 

3. Fikiran yang berpengetahun

- Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu untuk disampaikan kepada orang lain.

- Perlu bersumberkan kepada al-Quran dan Hadith dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.

- Pesan ustaz Hassan: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba untuk menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.

- Mampu membaca al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kisah salafussaleh dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

 

4. Mampu berusaha

- Walaupun kaya, perlu bekerja.

- Tidak terlau mengejar jawatan dalam kerajaan/rasmi.

- Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.

- Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya.

- Menjauhi riba dalam semua lapangan.

- Menyimpan untuk waktu kesempitan.

- Menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran.

- Memastikan setiap sen yang dibelanja tidah jatuh ke tangan bukan Islam.

 

5. Aqidah yang sejahtera

- Redha dengan Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w sebagai nabi.

- Sentiasa muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.

- Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar,menjauhi dosa dan syubhat.

 

6. Ibadah yang betul

- Perlu melakukan ibadah yang meninggikan roh dan jiwanya.

- Perlu belajar untuk memperbetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.

- Tidak melampau (syadid) atau berkurang, tapi wasatiah (pertengahan).

 

7. Mampu melawan nafsu

- Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.

- Tidak menghiraukan kata-kata orang dalam mengamalkan Islam.

- Muslim mukmin mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh yang tidak biasa dengan kesusahan.

 

8. Menjaga waktu

- Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.

- Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

- “Aku adalah makhluk baru”, menjadi saksi kepada manusia.

 

9. Tersusan dalam urusan

- Untuk memanfaatkan waktu dengan baik, perlu penyusunan dalam segala urusan.

- Muslim mukmin perlu kepada jadual harian yang tersusun.

- Berdisplin dalam melaksanakan urusan dengan memberi hak-hak urusan dengan sesuai.

- Melakukan urusan mengikut keutamaan.

- Gunakan segala masa dan tenaga dengan tersusun untuk  manfaat Islam dan dakwah.

 

10. Berguna untuk orang lain

- Muslim mukmin umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.

- Muslim mukmin adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung pada muslim mukmin.

- Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.

- Muslim mukmin berasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

 

 

 KEWAJIPAN SETIAP PARA MUSLIM MUKMIN (WAJIBAT 38)

Baca, Amal dan Faham

 

Amalan-amalan yang tertera dibawah perlukan satu pengorbanan yang konsisten. Pada permulaan, mulakanlah dengan sedikit dan supaya konsisten supaya kita dapat keberkatan dan kekuatan dari Allah swt. Setelah itu barulah kita melangkah lebih kehadapan dan seterusnya.

 

1. Kamu hendaklah mempunyai wirid al-Quran harian iaitu tidak kurang dari satu juzuk sehari dan berusahalah agar kamu menghabiskannya dalam masa yang tidak lebih dari sebulan dan tidak kurang dari tiga hari.

 

2. Hendaklah kamu memperelokkan bacaan al-Quran kamu, mendengar dan mentadabbur makna-maknanya. Hendaklah kamu memenuhi masa kamu dengan mempelajari seerah yang suci dan juga sejarah para salaf, paling kurang dengan membaca kitab ‘Hummatul Islam’. Hendaklah juga kamu banyakkan membaca hadis Rasulullah s.a.w, menghafal paling kurang 40 hadis dan seboleh-bolehnya hendaklah hadis 40 pilihan Imam Nawawi. Kamu juga hendaklah mempelajari usul aqidah dan cabang-cabang fiqh.

 

3. Sentiasa membuat pemeriksaan am kesihatan dan mendapat rawatan setiap penyakit yang dihadapi, juga mementingkan unsur-unsur kekuatan dan pencegah penyakit jasmani dan menjauhi unsur-unsur pembawa penyakit.

 

4. Jauhkan dari terlampau banyak minum kopi, teh dan lain-lain minuman penyegar, jangan sekali-kali minum minuman-minuman ini kecuali ketika darurat. Jangan sekali-kali merokok.

 

5. Hendaklah menjaga kebersihan dalam setiap perkara sama ada dalam tempat tinggal, pakaian, makanan, badan dan juga tempat kerja. Agama dibina atas dasar kebersihan.

 

6. Hendaklah bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.

 

7. Hendaklah jujur dalam menunaikan segala janji dan kata-kata. Janganlah melanggarnya walau apa pun jua keadaan.

 

8. Hendaklah menjadi seorang yang berani dan tabah menanggung kesusahan. Keberanian yang paling utama adalah berterus terang dalam perkara benar, merahsiakan perkara yang rahsia, mengakui kesilapan sendiri dan insaf diri dan mampu mengawal diri ketika marah.

 

9. Hendaklah sentiasa warak, tenang dan seius. Kewarakan kamu tidak menghalang kamu dari gurauan benar ataupun dari ketawa melalui senyuman.

 

10. Hendaklah menjadi seorang yang pemalu dan sensitif, kuat terkesan dengan kebaikan dan keburukan iaitu bergembira dengan kebaikan dan sedih dengan keburukan. Hendaklah juga menjadi seorang yang tawadhuk dalam perkara yang bukan mendatang kehinaa, ketundukkan dan pendustaan. Hendaklah meminta kurang dari kedudukan anda agar kamu dapat mencapainya.

 

11. Hendaklah sentiasa adil dan benar dalam setiap keputusan yang diambil dalam apa jua keadaan. Kemarahan kamu kepada sesuatu perkara janganlah melupakan kamu akan kebaikan-kebaikan yang ada. Begitu juga perasaan redha kamu pada satu perkara janganlah menutup segala kejahatan yang ada. Janganlah pertelingkahan kamu menjadikan kamu melupakan segala nilai murni. Bercakap benarlah walaupun dalam perkara yang menyentuh diri sendiri ataupun menyentuh orang yang terdekat dengan kamu sekalipun perkara yang kamu tidak sukai.

 

12. Hendaklah menjadi seorang yang sentiasa cergas, ringan tulang dalam khidmat awam, gembira dan riang jika dapat memberikan bantuan dan khidmat kepada orang lain. Ziarahilah orang sakit, bantulah orang yang berhajat, menanggung orang yang lemah, membantu orang yang ditimpa kemalangan walaupun hanya dengan perkataan yang baik, juga sentiasalah bersegera dalam amalan kebaikan.

 

13. Hendaklah menjadi seorang yang penyayang, memuliakan, pemaaf dan pengampun dan berlembut dengan manusia mahupan binatang. Hendaklah mempunyai interaksi dan akhlak yang elok dengan semua manusia, memelihara adab Islam dan kemasyarakatan, mengasihi kanak-kanak, memuliakan dan menghormati orang tua, melapangkan majlis, tidak menyelinap dan merisik hal orang lain, tidak mengumpat dan bertempik-tempik, meminta izin jika ingin masuk dan keluar dan lain-lain lagi.

 

14. Mampu membaca dan menulis dengan baik, banyak mentelaah risalah-risalah, akhbar dan majalah ‘kita’. Hendaklah membuat perpustakaan sendiri walaupun kecil. Hendaklah kamu menjadi seorang yang pakar dalam bidang ilmu dan seni anda jika kamu seorang ahli takhassus. Hendaklah kamu menguasai hal ehwal am Islam yang membolehkan kamu memahaminya dan memutuskan sesuatu huku yang bertetapan dengan kehendak fikrah kita.

 

15. Hendaklah berkecimpung dalam kerja ekonomi walaupun banyak mana harta kamu. Hendaklah melebihkan kerja sendiri walaupun dengan pendatapan yang kecil, juga hendaklah menumpukan segala usaha kamu kepadanya walaupun setinggi mana tahap pencapaian akademik kamu.

 

16. Jangan terlalu mengharapkan kerja dengan kerajaan dan hendaklah kamu menganggapnya  sebagai pintu rezeki yang paling sempit. Jangan pula kamu menolaknya jika kamu diberikan peluang. Janganlah kamu melepaskannya kecualilah jika ia bertentangan secara langsung dengan kewajipan dakwah.

 

17. Pastikan kamu melakukan pekerjaan kamu dengan seelok-eloknya, penuh ketekunan, dedikasi, tidak menipu dan tepat pada masanya.

 

18. Hendaklah kamu menjadi seorang yang bijak menunaikan hak-hak kewajipan kamu, hendaklah menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna tidak ada kekurangan dan tidak sekali menangguh-nangguh.

 

19. Hendaklah menjauhi diri dari sebarang jenis perjudian walaupun apa tujuan lain disebaliknya, jauhkanlah diri dari segala punca pendapatan yang haram walaupun sebanyak mana keuntungan segera yang akan diperolehi.

 

20. Jauhkan diri dari riba dalam segala bidang muamalah dan bersihkan diri anda keseluruhannya dari riba.

 

21. Hendaklah memberikan khidmat positif kepada perkembangan ekonomi Islam dengan mendokong segala kilang-kilang dan binaan-binaan ekonomi Islam. Jagalah setiap sen duit kamu agar jangan terjatuh ke tangan pihak bukan Islam walau apa jua keadaan. Janganlah kamu makan dan pakai kecuali dari makanan dan pakaian  buatan negara Islam kamu sendiri.

 

22. Hendaklah kamu memberi saham sebahagian dari harta kamu untuk dakwah, menunaikan zakat yang diwajibkan ke atas kamu dan jadikahlah ia sebagai hak yang maklum kepada orang yang berhajat dan ketiadaan harta benda, walau sekecil manapun pendapatan kamu.

 

23. Hendaklah mempunyai simpanan harta walaupun sedikit untuk masa kecemasan dan jangan sekali-kali terjerumus dalam membelanjakannya kepada perkara yang bersifat bermewah-mewah.

 

24. Hendaklah berusaha sedaya upaya untuk menghidupkan segala ada-adat Islam dan mengahapuskan adat-adat asing dalam seluruh aspek kehidupan. Antaranya: adat-adat yang bersangkutan dengan salam alu-aluan, bahasa, sejarah, fesyen, perkakas rumah, jadual kerja dan rehat, makan dan minum, jadual sampai dan bertolak, kesedihan dan kesukanan dan sebagainya. Hendaklah kamu sentiasa merujuknya daripada sunnah Rasulullah s.a.w.

 

25. Hendaklah kamu memulaukan segala mahkamah sivil dan setiap hukuman yang tidak menepati Islam, memulaukan sepenuhnya kelab-kelab, media massa, kumpulan, sekolah-sekolah dan pertubuhan yang menentang fikrah kita.

 

26. Sentiasa bermuraqabah kepada Allah Taala, mengingati akhirat dan bersedia untuknya. Hendaklah kamu melakukan segala perkara yang menyampaikan kamu kepada keredhaan Allah dengan penuh kebanggaan dan keazaman. Hendaklah mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadat-ibadat sunat seperti qiamullail, berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari sebulan, memperbanyakkan zikir hati dan lidah dan menyertakan doa yang muktabar dalam setiap keadaan.

 

27. Hendaklah kamu sentiasa menjaga kesucian badan kamu dan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk kebanyakkan waktu.

 

28. Perelokkan  solah kamu, sentiasa mengerjakannya pada waktunya dan menjaganya agar ditunaikannya secara berjamaah dan di masjid sekadar kemampuan kamu.

 

29. Hendaklah berpuasa Ramadhan, mengerjakan haji jika mampu dan berusaha ke arahnya jika kamu masih belum ada kemampuan mengerjakan haji.

 

30. Sentiasalah sematkan niat untuk berjihad dan perasaan mencintai syahid dalam hati dan bersedialah untuk itu sedaya upaya kamu.

 

31. Hendaklah sentiasa memperbaharui taubat, sentiasa beristighfar, melepaskan diri dari dosa-dosa kecil tambahan pula dosa-dosa besar. Hendaklah kamu memperuntukkan sedikit masa untuk menghitung amalan samada baik atau tidak sebelum tidur, berwaspada dari membuang masa kerana masa adalah kehidupan, tidak menghabiskannya dalam perkara yang tidak berfaedah dan hendaklah kamu warak dalam perkara yang syubhat supaya kamu tidak terjerumus dalam perkara yang haram.

 

32. Hendaklah kamu berjihad keras melawan nafsu kamu supaya kamu dapat mengawalnya, hendaklah kamu menundukkan pandangan kamu, mengawal perasaan kamu, melawan dorongan nafsu syahwat dalam diri kamu dan hendaklah sentiasa mencari perkara yang halal dan baik dan menghalang kamu dari melakukan perbuatan yang haram.

 

33. Hendaklah kamu menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari arak dan perkara yang memabukkan dan menghilangkan kewarasan dan yang seumpamanya.

 

34. Hendaklah kamu menjauhkan diri kamu dari kawan yang jahat dan merosakkan begitu juga dari tempat-tempat maksiat dan dosa.

 

35. Hendaklah kamu memerangi tempat-tempat yang melalaikan lebih-lebih lagi dari mendekatinya. Kamu juga hendaklah menjauhkan diri dari segala bentuk kemewahan.

 

36. Hendaklah kamu mengenali dengan terperinci setiap individu dari kalangan anggota katibah kamu dan juga kenalkan diri kamu secara terperinci kepada mereka. Tunaikanlah hak-hak persaudaraan secara sempurna seperti kasih sayang, menghargai saudara, bantu membantu dan melebihkan mereka dari diri kamu sendiri (ithar). Hedaklah kamu sentiasa menghadiri perjumpaan mereka dan janganlah ponteng darinya, kecualilah dengan sebab keuzuran yang memaksa. Hendaklah sentiasa melebihkan mereka dalam setiap interaksi kamu.

 

37. Hendaklah merungkaikan segala ikatan kamu dengan segala pertubuhan atau jemaah yang tidak ada hubung kait dengan kepentingan fikrah kamu khasnya jika kamu diperintahkan sedemikian.

 

38. Berusahalah untuk menyebarkan dakwah kamu ke setiap pelusuk bumi ini dan hendaklah sentiasa memberitahu pimpinan kamu apa sahaja keadaan yang kamu hadapi dan janganlah membuat sesuatan yang memberikan kesan yang besar kecuali dengan izin, hendaklah sentiasa berada dalam hubungan samada ruh atau amali dengan pimpinan. Hendaklah kamu sentiasa menganggap diri kamu sebagai seorang tentera di bereknya yang sentiasa bersedia menunggu arahan.


0 Responses to “Sifat Muslim Mukmin”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




We might not have the chance to choose our birth, but we still have the opportunity to choose our death. It's in your hand, to leave this world with triumph or failure. Out there, still too much of misery, lack of empathy. Loads of emnity but little of kindness and love. To my fellow mankinds, revealed what have been concealed. May you find the truth.

Takwim

August 2014
M T W T F S S
« Jul    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: