Seakan-akan baru semalam aku memijak bumi Malaysia sekembalian dari Mesir 1 Januari 2009 di KLIA. Kenangan dan liputan harian di Mesir adalah yang terindah meskipun mehnah dan tribulasi kehidupannya yang sangat mencabar. Lagi-lagi ketika itu sebelum adanya Sauro (revolusi).
Namun kini, hari ini 27hb Mei 2012. Sudah 3 tahun 5 bulan telah berlalu. Mengimbas misi ke Mesir hanya dua; yang pertama ialah supaya berpeluang ditarbiah oleh ahli anggota Ikhwan Muslimun dan kedua memperkasakan bahasa Arab dan Al-Quran.
Aku telah melabur sekitar RM11,000 duit mama papaku yang bertungkus lumus membiayai kehidupan dan pembelajaran di Mesir tatkala mereka sendiri sangat-sangatlah tidak jelas pemergianku. Kini aku sudah berumahtangga, mempunyai seorang isteri yang sedang berusaha beristiqomah menjaga 30 juzuk di dada. Juga kelahiran baru Sulha Binti Nur Bakri, anak kelahiran Selangor, 2 Mei 2012 di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. Namun aku masih struggle dengan kerja, famili, anak, dakwah, tarbiah dan juga pengajianku di Jabatan Dakwah tahun 3 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Mudah-mudahan Allah swt membuka lebih rezeki dan maghfirah kepada insan yang sentiasa berusaha dengan keimanan dan kesabaran.

Sekitar KLIA, September 2007, upon my departure to Cairo. Blue T-shirt collared, slack jeans and a pair of crocs heading for Egypt biiznillah. Wallahua’lam.

