By Fetya

ASAS INTERAKSI DENGAN AL-QURAN

Disampaikan oleh Ustaz Kamarussalam

Rumusan Nur Bakri B. Abd. Hamid   

Pengajian Islam bukan sekadar di dalam kelas sahaja. Bukan juga sekadar pengajian rukun-rukun Islam dan Iman.

Malah, satu bahagian yang utama telah kita lupakan. Yakni Ruh Islam. Ianya ialah apabila kita menjiwai dan merasai Islam dilubuk hati kita. Dimana segala gerak-geri, tingkah laku dan segala urusan yang kita lakukan adalah mengikut cara Islam. Kerana zaman sekarang, keIslaman seseorang dapat dilihat semasa mereka beribadah sahaja.

 

Bagaimana untuk menilai sesuatu benda itu kearah mardhotillah atau mengikut hawa nafsu?

Dan mengapa perlu kita menilainya?

Islam yang disampaikan kepada masyarakat zaman kini sangat kering, mengapa?

Sebab Islam tidak dirasai dan dijiwai.

Contoh1: bagaimana hendak mengemop lantai jika kain mop itu tidak basah? pasti lantai tidak akan basah dan bersih.Contoh2: Seorang insan menutup auratnya semasa solat malangnya mendedahkan auratnya diluar solatnya. 

Berinteraksi dengan Al-Quran dengan cara kering adalah seperti membacanya dengan tajweed yang betul dan menghormatinya lalu diletakkan di atas almari. Manakala akhlaknya tidak seperti akhlak Al-Quran, tiada nilai-nilai Al-Quran yang diterapkan dalam kehidupannya.

 

Bagaimana Al-Quran mencorak kehidupan?

Al-Quran mengubah mindset manusia. Cara manusia berfikir dan menilai sesuatu.

Rasulullah saw fokus kepada cara berfikir dan menilai (Ilmu Tauhid) orang-orang Islam di Mekkah selama 13 tahun tanpa mengajarkan mereka bab fiqah.

 

Kita perlu memperbaiki cara kita berinteraksi dengan Al-Quran.

Al-Quran diturunkan untuk manusia, bukan kepada Rasulullah saw serta sahabat sahaja.

Al-Quran mesti dipelajari. Difahami, dihayati dan disebarkan.

Kita mengambil tugas rasulullah saw. [An-nisa’ :165]

 

Al-Quran tetap wujud walaupun rasulullah saw telah wafat. Ini menerangkan bahawa Al-Quran itu perlu ada yang mengajarkannya. Sebelum rasulullah swt wafat, bagindalah yang mengajarkannya kepada sahabat dengan sempurna. Jadi, setelah rasulullah wafat, adakah manusia yang mengajarkannya?

 

Jika Allah swt menurunkan Al-Quran kepada manusia tanpa mengutuskan rasul, pasti manusia tidak memahami isipati Al-Quran.

Contoh1: Jika Jibrail as tidak menunjukkan cara solat kepada rasulullah saw, pasti rasulullah tidak pandai solat. Jadi, perlulah ada orang tengah.

Solat seperti mana rasulullah saw solat.

Tidak ada orang Islam di barat, tetapi ada Islam di sana. Ada orang Islam di timur tetapi tidak ada Islam di sana.

Kenyataan ini dikeluarkan kerana, orang-orang Barat meskipun bukan muslim, mereka melaksanakan Islam.

Contoh1: courtesy, timbang rasa dan berdisiplin. Jika kita lihat skop di negeri-negeri timur, kebaikan-kebaikan yang ada hanya segelintir. 

Membaca kepunyaan orang lain dan kepunyaan kita.

Jika kita katakan Al-Quran itu diturunkan kepada rasulullah saw semata-mata, ianya seolah-olah kita membaca kitab yang ditujukan untuk baginda sahaja.

Al-Quran diturunkan untuk seluruh manusia akhir zaman. Jadi, kita perlu merasai bahawa Al-Quran ditujukan untuk kita.

 

Bagaimana untuk melahirkan perasaan bahawa Al-Quran ditujukan untuk kita?

Menggantikan dhomir pada ayat Al-Quran.

Dengan ini, kita dapat menjiwai Al-Quran.

Setiap ayat di dalam ummul kitab yang kita baca, Allah swt akan menjawab.

Contoh1: surah al-A`laa Kita mesti ubah mindset kita.Al-Quran dari bahasa Arab. [Yusuf :2] Satu bahasa, tidak akan sama dengan bahasa yang lain. Lain bahasa, membawa lain makna.Bahasa tempatan dapat dijiwai. Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, jadi hanya orang arab dan orang faham bahasa arab yang dapat memahami ayat-ayat Allah dan menjiwainya.Al-Quran ingin menyentuh hati manusia. Ayat yang sama boleh membawa maksud yang berbeza jika intonasi ayat itu yang dibaca itu berubah. Bagaimana pula intonasi dalam Al-Quran? Bahasa Arab adalah sebuah bahasa yang sangat unik. Satu ayatnya, mempunyai banyak makna. Ini disebabkan bahasa Arab mempunyai balangah termasuk juga nahu dan sorof. Mesti pandai bahasa Arab untuk menguasai Al-Quran.Al-Quran mempunyai maklumat dan feeling yang ingin disampaikan.Jika kita refer pada Al-Quran Terjemahan, kita hanya dapat maklumat, feeling belum tentu.

 

Bersungguh-sungguh belajar bahasa Arab. Belajar bahasa Arab adalah kewajiban ummat Islam, kerana untuk memahami Al-Quran.Di Malaysia, digalakkan menguasai bahasa Inggeris untuk kemajuan sains dan teknologi. Tetapi bahasa Arab tidak menjadi isu, mengapa? 

Contoh1: Civil Engineer dari Australia, pulang ke Malaysia hanya 2 minggu lalu pindah ke Kaherah untuk mempelajari bahasa Arab. Setahun kemudian masuk Al-Azhar melalui Sijil Thanawi. Mengambil pengajian Islam dan graduat. Mendapat gelaran Ustaz IR. 

Sayd Qutb menulis Fi Zilalil Quran dengan bahasa sastera yang tinggi.Keunikkan Fi Zilalil Quran: Sayd Qutb menulis apa yang dia rasa dan apa yang hendak diterang oleh Al-Quran kepada manusia setelah membaca dan menjiwai ayat-ayat Allah.Bagaimana untuk memahami Al-Quran dengan lebih jelas jika tidak mahu bergantung pada terjemahan? 

Hati.

2 rangkaian manusia. Otak dan hati. Yang kuat ialah hati. Hati gerakkan manusia.

Otak  untuk maklumat.

Contoh1: Vending Machine vs Manusia.

Al-Quran ditujukan pada hati manusia. Apa buktinya?

Pada zaman nabi, hampir 99% buta huruf, tapi Al-quran tetap dapat difahami dan dijiwai.

 

Perasaan.

Perkara yang ada pada setiap insan.

Jika Al-Quran diturunkan untuk orang yang berilmu, apa kesannya?

Al-Quran untuk mengubah hati  manusia.

Salahfaham dengan Al-Quran.

Contoh1: Berani tidur seorang diri kerana Al-Quran ada disisi.

Segala-galanya kita boleh dapat dari Al-Quran. Bergantung pada niat.

Contoh2: Baca buku untuk check spelling vs baca buku untuk fahamkan isi.

Latarbelakang.Al-Quran turun secara munajjaman, mengapa? Kenapa tidak turun serentak?

Contoh1: Menegur Ali dengan teguran untuk 10 tahun. Kesalahan yang belum dilakukan juga ditegur. Adakah Ali dapat menjiwai teguran itu?

Contoh2: Menegur Ali apabila dia membuat kesilapan pada saat itu sahaja. Setelah 2 tahun, jika kita memperingatkan teguran yang sama, apa kesannya pada Ali? 

Al-Quran diturunkan mengikut peristiwa.

Contoh1: Surah Al-Dhuha. Sirah Hati vs Sirah Fakta.Sirah Fakta banyak kepada maklumat seperti kelahiran Nabi, perang-perang dll.Dibaca dalam bentuk fakta. Paling sedih apabila ianya adalah Exam Oriented. Sirah Faka beri kesan pada otak sahaja, bukan pada hati. Sirah Hati ialah dimana kita merasai bahawa kita berada pada saat itu.Kaji dan belajar sirah semula dengan bersungguh-sungguh dari segi fiqh dll. 

Setiap manusia akan duduk dalam kelompok masing-masing mengikut kefahaman masing-masing.

Contoh1: Seorang engineer, duduk dengan kelompoknya dan berbual dan berfikir pasal engineering.

Contoh2: Kita seorang engineer, pergi ke rumah seorang Dr yang penuh dengan buku medic. Kita tidak akan rasa minat membaca buku medic. 

Pada zaman Nabi ada banyak klompok.

Contoh3: Klompok peniaga, pengembala kambing dll.

Apabila Nabi mulakan dakwah, tertubuh klompok baru, yakni klompok mukmin.

Klompok mukmin mengumpulkan klompok lain atas  pegangan aqidah.

Mendapat profession baru, dakwah, tapi profession lama digunakan untuk kepentingan dakwah.

Semua perkara ada masalah termasuk dakwah.

Al-Quran diturunkan untuk klompok mukmin ini.

 

Mindset orang Islam sekarang, kalau Dr mesti fikir pasal medic sahaja. Al-Quran yang dibaca hanya untuk amal ibadah sahaja.

Klompok mukmin menjadikan dakwah sebagai agenda utama. Al-Quran dijadikan reference utama.

Sahabat = da`i.

Khalifah di zaman mereka, khalifah di zaman kita.

Kalau mindset tidak seperti Nabi dan sahabat, dimana letaknya keperluan Al-Quran pada diri kita?

Contoh1: Sibuk dengan dakwah, belajar untuk final tetapi gagal, lalu baca surah Al-Dhuha.Contoh2: Allah uji kita dengan kesusahan meskipun kita mendekatkan diri padaNya, 2:216.Contoh3: Pemuda yang membuang masa melepak, tidak study untuk final tetapi lulus. 

Apa perlu kita buat?

Jadilah orang yang meletakkan perjuangan Islam sebagai agenda utama dalan kehidupan.

Supaya Al-Quran itu menjadi reference kehidupan dalam perjuangan Islam.

 

Ini adalah rumusan dari majlis ilmu yang saya hadiri, email kepada saya untuk kefahaman lanjut.

 

 


1 Response to “My Key”


  1. 1 naadiah
    June 23, 2011 at 12:56 pm

    After reading this, i know that ive a lot more to learn..Its good that you’ve knowledge that some others like me may not have.. and to spread it to others is truly amazing..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s




We might not have the chance to choose our birth, but we still have the opportunity to choose our death. It's in your hand, to leave this world with triumph or failure. Out there, still too much of misery, lack of empathy. Loads of emnity but little of kindness and love. To my fellow mankinds, revealed what have been concealed. May you find the truth.

Takwim

May 2012
M T W T F S S
« Jun    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.