Author Archive for Fetya Network

26
May
12

Bernafas Dengan Nadi Dakwah

Seakan-akan baru semalam aku memijak bumi Malaysia sekembalian dari Mesir  1 Januari 2009 di KLIA. Kenangan dan liputan harian di Mesir adalah yang terindah meskipun mehnah dan tribulasi kehidupannya yang sangat mencabar. Lagi-lagi ketika itu sebelum adanya Sauro (revolusi).

Namun kini, hari ini 27hb Mei 2012. Sudah 3 tahun 5 bulan telah berlalu. Mengimbas misi ke Mesir hanya dua; yang pertama ialah supaya berpeluang ditarbiah oleh ahli anggota Ikhwan Muslimun dan kedua memperkasakan bahasa Arab dan Al-Quran.

Aku telah melabur sekitar RM11,000 duit mama papaku yang bertungkus lumus membiayai kehidupan dan pembelajaran di Mesir tatkala mereka sendiri sangat-sangatlah tidak jelas pemergianku. Kini aku sudah berumahtangga, mempunyai seorang isteri yang sedang berusaha beristiqomah menjaga 30 juzuk di dada. Juga kelahiran baru Sulha Binti Nur Bakri, anak kelahiran Selangor, 2 Mei 2012 di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. Namun aku masih struggle dengan kerja, famili, anak, dakwah, tarbiah dan juga pengajianku di Jabatan Dakwah tahun 3 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Mudah-mudahan Allah swt membuka lebih rezeki dan maghfirah kepada insan yang sentiasa berusaha dengan keimanan dan kesabaran.

Sekitar KLIA, September 2007, upon my departure to Cairo. Blue T-shirt collared, slack jeans and a pair of crocs heading for Egypt biiznillah. Wallahua’lam.

22
Jun
11

Dalam Dekapan Ukhuwwah..

Sentiasa fresh teringang-ingang melintasi fikiranku. Wajah-wajah ikhwah yang dahulunya tempatku mengadu, merujuk bahkan tempat curahan airmata ini dingalirkan. Alhamdulillah, bertemu denganmu adalah satu rahmat yang sangat mahal untuk dihisab tatkala kecintaan itu sangat basah sangat indah. Quote dalam sebuah buku, antara buku kegemaranku, “dalam dekapan ukhuwah, kita mengambil cinta dari langit, lalu menebarkannya di bumi. Sungguh di surga, menara-menara cahaya menjulang untuk hati yang saling mencinta, marimembangunnya dari sini, dalam dekapan ukhuwah. Allahu rabbi…

Justeru itu ikhwah, tiada kata yang boleh aku singkapkan mengenai diri-dirimu. Hanya Allah yang tahu. Terikatnya kita tidak membelakangiNya bahkan dipertemukan kita di jalan menujuNya. Dalam dekapan ukhuwah, aku mengambil peluang untuk meraih cinta yang sekian lama menjadi debu, terhakis, terhakis dek prinsip dan pegangan yang utuh. Kembalikanlah nostalgia ukhuwah, sesak dada ini kerna tiada kalam yang boleh melafazkan erti cinta…  kembalilah… kembalilah…

(khas kepada ikhwah & akhwat yang sentiasa berkongsi iman dan cinta, Mesir adalah nostalgia kita.. semarakkanlah semula ditanahair kita..)

20
Nov
08

Syahadatulhaq Yang Semakin Sebati..

presentation11

Mencarinya bagaikan suatu jawapan infiniti. Berjumpa dengannya adalah pasti. Memikulnya hanya sekali. Haq syahadah yang berdiri teguh di dalam diri ini semakin sebati… Continue reading ‘Syahadatulhaq Yang Semakin Sebati..’

25
Oct
07

Disini Bermula

e-stand.jpg

Assalammualaikum wr wbt

Kembali bernaung di bawah rahmat Ilahi. Dengan limpah kurniaNya kita masih lagi dapat menikmati kemanisan iman dan islam.

Ku dedikasikan perkongsian laman siber ini kepada mereka yang telah berusaha, bertungkus lumus menjayakan pemergianku sebagai seorang yang mendamba kasih Ilahi. Terutama keluargaku yang sangat mendorong serta menyokong. Wahai pencurah kasih sayang dan teman manja, kanku ikhtiar supaya ganjaran mu disaksikan oleh semua di yaumul hisab kelak. Wahai pencurah senyuman manis dan ceria, tiada lain yang ku pinta untuk kalian selain dari rahmatNya. Sangat bertuah daku bersama kalian, hanya Allah yang dapat memberi ganjaran yang setimpal. Kepada pembimbingku, murabbiku, guruku, kanku pastikan ilmu kalian tidak terputus. Kepada sahabatku, doakanlah pemergian ini, ku sedar akan tugasan yang tertangguh. Duhai sahabatku di dunia gemilang, sabar dan berpegang teguhlah pada tautan ini, supaya dapat kita sama-sama kembali kepada fitrah yang sebenar. Hanya sekalung doa rabithah yang dapat aku usahakan untuk menjaga persahabatan ini, bersabarlah, janganlah mudah hanyut disisi taghut, ku kan pulang jua.

Duhai sahabat, berpaksikan jasad yang sihat, akhlak yang mulia, akal yang intelek, kekuatan untuk berdiri sendiri, aqidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, kekuatan melawan al-hawa’, pengurusan masa yang bijak, tersusun dalam urusan dan berguna untuk orang lain. Inilah landasan ku untuk menerajui liku-liku kehidupan ini.

Namun duhai sahabat, tidakkah kamu bertanya pada dirimu, dari mana asalmu? atas tujuan apa kamu dijadikan? kemana arahtujuhmu? dan kepada siapa kamu akan dikembalikan?

Lihatlah sekelilingmu, hiruplah udara yang segar, luaskan pemandanganmu meninjau langit dan lautan. Indah bukan? pasti ada penciptanya. Adakah kamu mengerti tujuan langit dan lautan? adakah sebagai hiasan dunia semata-mata? Tidakkah engkau mahu mengenali pencipta segala yang di langit dan bumi? Sukacita ingin aku mengundangmu untuk kenali diri sendiri.

Adakah kamu seorang Muslim sejati? Adakah kamu benar- benar menghayati dan mengamalkan hidup seorang muslim? Adakah kamu mengerti kalimah syahadah yang dilafazkan setiap hari? adakah kamu tahu haq syahadah itu? dan adakah kamu tahu bahawa kerugian besar bagi mereka yang mengabaikannya?? Pasti kamu tertanya-tanya apakah tanggungjawab yang jika diabaikan membuat kita rugi di dunia dan akhirat.




We might not have the chance to choose our birth, but we still have the opportunity to choose our death. It's in your hand, to leave this world with triumph or failure. Out there, still too much of misery, lack of empathy. Loads of emnity but little of kindness and love. To my fellow mankinds, revealed what have been concealed. May you find the truth.

Takwim

May 2012
M T W T F S S
« Jun    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.