dua putra harapan satu keluarga besar… haha (antuma=kamu berdua, membesar dengan tawa dan tangisan)…
namun begitu, antumalah sebahagian penyeri hidupku (pakcu mu)…
Sentiasa fresh teringang-ingang melintasi fikiranku. Wajah-wajah ikhwah yang dahulunya tempatku mengadu, merujuk bahkan tempat curahan airmata ini dingalirkan. Alhamdulillah, bertemu denganmu adalah satu rahmat yang sangat mahal untuk dihisab tatkala kecintaan itu sangat basah sangat indah. Quote dalam sebuah buku, antara buku kegemaranku, “dalam dekapan ukhuwah, kita mengambil cinta dari langit, lalu menebarkannya di bumi. Sungguh di surga, menara-menara cahaya menjulang untuk hati yang saling mencinta, marimembangunnya dari sini, dalam dekapan ukhuwah. Allahu rabbi…
Justeru itu ikhwah, tiada kata yang boleh aku singkapkan mengenai diri-dirimu. Hanya Allah yang tahu. Terikatnya kita tidak membelakangiNya bahkan dipertemukan kita di jalan menujuNya. Dalam dekapan ukhuwah, aku mengambil peluang untuk meraih cinta yang sekian lama menjadi debu, terhakis, terhakis dek prinsip dan pegangan yang utuh. Kembalikanlah nostalgia ukhuwah, sesak dada ini kerna tiada kalam yang boleh melafazkan erti cinta… kembalilah… kembalilah…
(khas kepada ikhwah & akhwat yang sentiasa berkongsi iman dan cinta, Mesir adalah nostalgia kita.. semarakkanlah semula ditanahair kita..)
Mencarinya bagaikan suatu jawapan infiniti. Berjumpa dengannya adalah pasti. Memikulnya hanya sekali. Haq syahadah yang berdiri teguh di dalam diri ini semakin sebati… Continue reading ‘Syahadatulhaq Yang Semakin Sebati..’
Assalammualaikum wr wbt
Kembali bernaung di bawah rahmat Ilahi. Dengan limpah kurniaNya kita masih lagi dapat menikmati kemanisan iman dan islam.
Ku dedikasikan perkongsian laman siber ini kepada mereka yang telah berusaha, bertungkus lumus menjayakan pemergianku sebagai seorang yang mendamba kasih Ilahi. Terutama keluargaku yang sangat mendorong serta menyokong. Wahai pencurah kasih sayang dan teman manja, kanku ikhtiar supaya ganjaran mu disaksikan oleh semua di yaumul hisab kelak. Wahai pencurah senyuman manis dan ceria, tiada lain yang ku pinta untuk kalian selain dari rahmatNya. Sangat bertuah daku bersama kalian, hanya Allah yang dapat memberi ganjaran yang setimpal. Kepada pembimbingku, murabbiku, guruku, kanku pastikan ilmu kalian tidak terputus. Kepada sahabatku, doakanlah pemergian ini, ku sedar akan tugasan yang tertangguh. Duhai sahabatku di dunia gemilang, sabar dan berpegang teguhlah pada tautan ini, supaya dapat kita sama-sama kembali kepada fitrah yang sebenar. Hanya sekalung doa rabithah yang dapat aku usahakan untuk menjaga persahabatan ini, bersabarlah, janganlah mudah hanyut disisi taghut, ku kan pulang jua.
Duhai sahabat, berpaksikan jasad yang sihat, akhlak yang mulia, akal yang intelek, kekuatan untuk berdiri sendiri, aqidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, kekuatan melawan al-hawa’, pengurusan masa yang bijak, tersusun dalam urusan dan berguna untuk orang lain. Inilah landasan ku untuk menerajui liku-liku kehidupan ini.
Namun duhai sahabat, tidakkah kamu bertanya pada dirimu, dari mana asalmu? atas tujuan apa kamu dijadikan? kemana arahtujuhmu? dan kepada siapa kamu akan dikembalikan?
Lihatlah sekelilingmu, hiruplah udara yang segar, luaskan pemandanganmu meninjau langit dan lautan. Indah bukan? pasti ada penciptanya. Adakah kamu mengerti tujuan langit dan lautan? adakah sebagai hiasan dunia semata-mata? Tidakkah engkau mahu mengenali pencipta segala yang di langit dan bumi? Sukacita ingin aku mengundangmu untuk kenali diri sendiri.
Adakah kamu seorang Muslim sejati? Adakah kamu benar- benar menghayati dan mengamalkan hidup seorang muslim? Adakah kamu mengerti kalimah syahadah yang dilafazkan setiap hari? adakah kamu tahu haq syahadah itu? dan adakah kamu tahu bahawa kerugian besar bagi mereka yang mengabaikannya?? Pasti kamu tertanya-tanya apakah tanggungjawab yang jika diabaikan membuat kita rugi di dunia dan akhirat.